Hari ini mari kita bercerita tentang diapers. Ya, diapers!
*mommy mode is now turned on!*
Seperti yang kita sedia maklum, jenama yang telah diiktiraf sebagai diapers paling bagus dikalangan ibu2 moden ialah MamyPoko. Sekiranya anda masih belom sedar kenapa ia bagus sangat, mari saya beritahu kenapa.
1. Dia lah jenama paling mahal.
2. Dia menggunakan Pooh sebagai ambassador. Orang lain guna gajah, badak, semua takley lawan la.
3. Lembut halus dan mulus.
4. Pelekat velcro yang berkualiti.
5. Tahan kering lebih lama.
Saya penah menggunakan MamyPoko, tapi sebab dia mahal sangat saya keep on searching for other brand yang lebih murah dan setanding dengan MamyPoko. Memandangkan bontot anak saya itu tidak lah sesensitif mana, maka lebih senanglah keje saya membuat eksperimentasi terhadap beliau.
Antara jenama yang penah saya try selain dari MamyPoko:
1. Fitti
- Agak keras. Cutting dia slim so it fits better. Cuma harga tak la semurah mana dah nak hampir sama dengan MamyPoko pon ada.
2. Pureen Dry5 Premium
- Dalam banyak2, bagi saya inilah diapers yang paling hampir nak sama kualitinye dengan MamyPoko. Serious! Tapi tapi tapi, ianya agak sukar ditemui. Kalo tuan2 dan puan2 nak senang, ianya ada dijual di Jusco OU dan Midvalley kat baby's department. Harga dia pon tak murah sangat. Kalo nak beli, tunggu time Jusco buat sale baru berbaloi-baloi.
3. Drypers
- Tak best. Dah la guna pelekat selotep which I dont like.
4. Huggies Dry
- Haa ni murah. Tapi dia macam nipis dan macam kedekut sket rupa dia. Pakai siang okey lah ni.
5. Huggies Dry Comfort
- Macam Huggies Dry tapi lebih comfort (duhh) dan kurang kelihatan kedekut dengan harga yang mahal sedikit dari Dry.
6. PetPet
- Saya amatlah skeptikel dengan jenama ni mula2. PetPet? Macam nama ahli kumpulan Senario tu je kan? Tak bes langsong. Sehinggalah pada suatu hari yang damai, saya berjalan2 di sebuah kedai barangan budak, datang la promoter ni duk bodek saya suh beli. Dia offer baekk punya. Saya tengok sample pon macam okay. Pelekat pon velcro. Try je lah. Hasilnye, memang memuaskan!
Mulai saat itu, saya telah menjadi pelanggan tetap PetPet. PetPet jumbo size 80 keping kalo ada diskaun tinggal RM32.90 sahaja tahu. Bagus kan? Dah la diapers dia kaler purple suit muit gitu. And that's it. Good bye to MamyPoko.
Thursday, July 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




12 comments:
yeah mummy! camtu la.. leh la geng ngan i pengguna pet pet tegar! almost 2 years i pakaikan hadif pet pet! besh...paling reject adalah drypers! pakai je, air kencing leh meleleh kat tepi! sila bayang! camne tu! huggies cawat kecik! mamypokok buat mama pokai.. huhuh....
ape nih aku dah tulis komen ada error plak..
meh aku tulis balik..
petpet ni bile pakai mlm, esok pagi masih dpt bertahan atau dah lencun?
aku spt biasa pengguna tegar huggies, biru merah ungu sume aku pakai. mamypoko mmg bes, tp bile rasa2 kaya je mampu beli.
drypers pulak baru 1st time beli aritu, bole la utk pakai basahan sementara menunggu fatin berak pagi selepas mandi
uu thank you for the reco.
kalau bess pet2 tu rasa cm nak try ah lps ni. alternate ngn mamy poko. hehe
MRS. K: drypers kalo anak i pakai abes berbekas keliling peha. keras la material dia mcm plastik pon ada. hehe!
rina: hana ni jenis kalo tido mlm tak kembung pampes dia. kurg kencing kot? dulu pon aku guna mamypoko bila kuar or tido mlm, tp aku guna petpet pon sama je takde beza, so baik aku belasah petpet je.
PixiePwincess: no prob! yep bole try beli size kecik dulu. semlm i tgk kat carrefour tgh ada offer.
ye ke..cam menarik..
tp kan ella..laki aku dah malas dan putus asa nak bg anak dia try pampers2 lain..hadap je la mamy poko ni..
baru baca peper, tak ingat giant ke tesco, petpet 31.99
pegi borong!
A for A'ishah: kalo dah shahril nye kaya dan tak kisah nak berbelanja utk anak kesayangan beliau, lantakkan aje la.. hehehe!
rina: wah, murah 91 sen daripada yg aku selalu beli!! hahaha! takpe aku baru borong 2 jumbo pack aritu tak bukak pon lg..
Ella..anak ko pakai pampers size ape? Miejan pemakai pampers Fitti yang tegar.Saiz L. dulu murah wei..Kat giant & jusco leh dapat harge dalam 28 for L size. tapi la ni, dah naik 34.cam siot..Huhu.
Dan seperti biase size L, size panas.selalu abish. Ko try la Huggies Ultra.Kaler Purple tu.I like..Pakai semalaman sampai esok pagi kul 10 pun x bocor.Haha.(Pemalas).PetPet Jumbo size tu bape tanpe diskaun. 80 keping ade lah menarik gile..
Rose Nieza: saiz M. petpet jumbo kalo tak diskaun tak sure plak. around 40 gak kot. hana ni pakai petpet2 pon ok jek tido mlm. kalo pagi tu dah kembung pon tak bocor lagi la..
nak tanya klu utk newborn apa yg sesuai?
Ita: dulu masa baby i kecik i pakai mamypoko sbb texture dia lebih lembut n kulit baby kan sgt nipis masa tu. tp i tuka2 jugak brand lain masa tu sbb tak larat la nak mamypoko je kan.. then lps anak i dah besar sket, i change to pet2 dan masih guna sehingga skang. u shud try few brands i find the one that suit ur baby. :)
boleh juge try pureen (dry5 premium kot kalo tak silap nama dia) yg kaler biru, quality almost the same dgn mamypoko with cheaper price.
Post a Comment